Sabtu, 24 Oktober 2015

TIPS dan Gaya Solekan “KAWAII” Gadis Jepun!

TIPS dan Gaya Solekan “KAWAII” Gadis Jepun!

Hanya dengan beberapa “twist”, tips-tips ini akan merubah anda menjadi lebih KAWAII(definisi: comel) dan membuatkan gaya solekan harian anda menjadi lebih variasi dan SERONOK!


Malah, solekan KAWAII ini juga boleh membuatkan anda tampak lebih muda dan bercahaya dek optikal ilusi oleh kombinasi warna-warna seperti pink, merah dan oren






Tak percaya? Cubalah! (。◕ ∀ ◕。)






“Base makeup”, “foundation” dan “concealer”, sudah semestinya disyorkan mengikut kesesuaian warna kulit masing-masing. 



Bagi memperolehi gaya KAWAII wanita Jepun, bahagian mata, pipi dan bibir memberi impak yang cukup besar  dalam penghasilan imej ini.

Bagi mengelakkan artikel menjadi terlalu panjang, pada blog pos kali ini, saya akan cuba untuk fokus hanya pada bahagian mata dan pipi sahaja. 









*****SOLEKAN MATA*****

~~Kelopak Mata~~(*'∀'人)♥*




Pilihan Eye Shadow yang  bertemakan "rosy pink" dan  Eye Liner warna coklat atau "brown" adalah kunci kepada gaya solekan KAWAII ini. 




(╭☞•́⍛•̀)╭☞TIPS PERTAMA

Secara keseluruhannya, apa yang ingin ditampilkan oleh Solekan Kawaii ini adalah imej Cute atau comel, pada masa yang sama cukup Natural,

 seboleh-bolehnya tidak kelihatan berlebihan dalam konsep penggunaan warna terutamanya dari segi pemilihan Eye Shadow seperti warna hijau ataupun biru.

 (Nota: Anda bebas menggunakan warna yang anda suka, cuma warna terang mungkin tidak berapa sesuai untuk penghasilan imej ini.)




(╭☞•́⍛•̀)╭☞TIPS KEDUA

Sebelum mengetahui teknik ini, kebiasaannya wanita Malaysia seperti saya akan lebih terdorong untuk memilih  "Liquid black Eyeliner"  dalam solekan harian bagi mata kerana bagi saya,

ianya memberi ilusi yang "daring"(berani/berkeyakinan) dan mebuatkan mata saya lebih "pop out" atau dengan kata lain, menghighlight mata saya dan membuatkan saya kelihatan lebih "bercahaya". (Ececece....Perasan! LOL)

Tidak salah, cuma ia memakan masa(oh, we all know the struggle is REAL! dan memerlukan teknik atau latihan yang mecukupi untuk hasil yang "perfect"/ sempurna. 


Untuk majlis-majlis seperti "Annual Dinner" , OK. 

Tapi untuk solekan harian, mungkin agak leceh sampai satu tahap boleh membuatkan anda bosan untuk bersolek sama sekali. (Yes, been there.). 

Tetapi selepas saya cuba menggunakan Brown Eyeliner , bukan sahaja masalah "tersalah/ terlebih  garis" saya sudah selesai("bahagian tersalah garis" tidak begitu kelihatan kerana warna Eyeliner ikut warna kulit,dan saya hanya perlu menggaris beberapa kali bagi mendapatkan kepekatan dan warna yang sy inginkan), hasilnya cukup memuaskan hati!   

Bukan sahaja menjimatkan masa, malahan tampak cukup natural. Pendek kata saya berpuas hati dengan gaya Everyday Look menggunakan Brown Eyeliner ini.  



Apa Yang Anda Diperlukan:

  • Eye Primer -Untuk permukaan rata, warna lebih terang, dan tidak mudah pudar(boleh juga diganti dengan "concealer")
  • Eye Shadow Base- Warna oren kecoklatan atau coklat
  • Eye Shadow- Warna Merah, atau "pinkish" merah (Terpulang asalkan ianya adalah kategori warna yang lembut)

  • Eyeliner- Pensil/ Liquid brush warna coklat
  • Maskara






Cara/Aplikasi:

  1. Sapukan Eye primer pada seluruh bahagian kelopak mata.
  2. Dimulai dengan menyapu Eye Base Shadow yang berwarna oren atau coklat(mengikut citarasa anda) pada seluruh kelopak mata.
  3. Sapukan Eye Shadow warna merah/pink(purple pun boleh :D kita yang pilih dia, bukan dia pilih kita. Hehe.) pada hujung bahagian kelopak mata seperti rajah di bawah bagi memperolehi efek mata yang besar. 
  4. Jangan lupa sapukan juga sedikit Eye Shadow pada  hujung bahagian bawah mata.
  5.  Gariskan pada bahagian atas kelopak mata menggunakan Eye Liner Berwarna coklat. Pastikan anda menggaris dengan garisan nipis dan sedekat mungkin dengan bulu mata. 
    Sapukan Eye Liner lebih tebal sedikit pada hujung kelopak mata(rujuk lukisan di atas).
    Sama ada anda menggunakan putik kapas (cotton bud) ataupun eyeliner yang dikhaskan untuk tujuan seperti ini yang di jual di Jepun.(gambar bawah)
    (Bagi hasil yang lebih memuaskan, "tight line" atau garis bahagian dalam kelopak mata menggunakan pensil eyeliner warna coklat.)
  6. Sapukan maskara seperti biasa. Untuk gaya ini, anda disyorkan menggunaka Maskara warna coklat. Tetapi sekiranya tiada, Maskara hitam biasa sudah cukup memadai.



~~Bawah Mata~~(*˘︶˘*).。.:*♡

(╭☞•́⍛•̀)╭☞TIPS KETIGA

涙袋 Namida Bukuro (Namida: air mata, Bukuro: Gantung/Guni), dengan kata lain "bengkak bawah mata" palsu atau fake "tear bag".

Ye, anda tidak silap baca. 

Iye, benda ni wujud, malah menjadi trend di sini. 

Kenapa? haa... ini dia.
(Gambar Ishihara Satomi, artis terkenal Jepun, sebelah kiri dengan Namida Bukuro, dan sebelah kanan tanpa Namida Bukuro).


Nampak tak bezanya?




Ramai remaja dan juga artis Jepun menjalankan pembedahan dan menyuntik  hyaluronic acid pada bawah mata mereka untuk kelihatan lebih KAWAII. 


Ada juga yang menggunakan "tape" ditampal di bahagian bawah mata bagi mencipta ilusi "tear duct".

Kaedah ini lebih kurang sama seperti menampal "tape" pada kelopak mata untuk mencipta ilusi "double eye lid" yang cukup sinonim dengan gaya solekan gadis Jepun.


Jangan risau, teknik ini juga boleh dicipta menggunakan kaedah solekan!



Cara/Aplikasi:

  1. Sapukan White Shadow pada seluruh bahagian bawah mata.

  2. Dengan menggunakan Matte Dark Brown Eye Shadow atau Brown Pencil Liner untuk menggariskan bahagian "tear duct" seperti rajah di bawah.Jangan lupa untuk "blend" pula.





*****SOLEKAN PIPI*****


Blusher atau pemerah pipi  yang menjadi pilihan gadis Jepun KAWAII biasanya adalah  warna merah "rosy pink"  atau "Oren".

(╭☞•́⍛•̀)╭☞TIPS KEEMPAT

Bagi menghasilkan rona merah jambu yang comel dan Natural, petuanya adalah dengan menggunakan Cream Blush atau pemerah pipi yang berbentuk cream.

Gel Blush ataupun Blush Stain juga OK. 

Berbanding dengan Blusher biasa(Blush yang berbentuk "powder"), Cream Blusher lebih tahan lama di pipi, menghasilkan tona warna yang cukup natural dan sebati dengan kulit, menampakkan anda seperti tengah tersipu-sipu malu. (Eewaah~ Over sokmo.LOL)



(╭☞•́⍛•̀)╭☞TIPS KELIMA

Biasanya untuk menyapu pemerah pipi, kita akan senyum, kemudian barulah kita sapukan pemerah pipi di atas tulang pipi yang timbul,  bak kata orang putih "apple of your cheek" , betul tak? Untuk gadis Jepun yang menggunakan solekan KAWAII ini, mereka lebih kepada menyapu Blusher di atas sedikit daripada pipi




Cara/Aplikasi:

  1. Sapukan Cream Blush/Cream Cheek pada bahagian pipi seperti dibawah 
  2. Sapu dan  "blend" kedalam kulit sehingga ia tampak "natural".









Comel kan? Anda bila lagi? Jom main Makeup-makeup~(✿◕ ‿◕ฺ)ノ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.