Isnin, 26 Oktober 2015

Ranking Jenis Wanita Yang Memikat Hati Lelaki JEPUN! Dan Luahan Sebenar Lelaki Jepun!!(EKSKLUSIF!!)

Ranking Jenis Wanita Yang Memikat Hati Lelaki JEPUN! Dan Luahan Sebenar Lelaki Jepun!!(EKSKLUSIF!!)


“Rupa gadis itu biasa-biasa sahaja, tetapi sangatlah  “femes” dalam kalangan lelaki, “jealousnya!”,  luah gadis-gadis Jepun.

 Alah, gadis Melayu pun kadang-kadang fikir benda yang sama juga. Kan? Kan? Kan? Hehe. Jangan marah…

Anda pasti pernah bertemu gadis yang sebegitu sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda. Gadis popular yang menjadi buah mulut para lelaki,tetapi bagi anda gadis tersebut sangatlah “biasa”.

Di Jepun, gadis sebegini dikatakan mempunyai ciri-ciri tertentu.

Nak tahu?

Anda kelihatan tidak sabar nampaknya.hehe. Sshh…. Ini RAHSIA kita saja tau! ;) Jom baca.



Ini adalah antara senarai ranking cara memikat hati Lelaki Jepun mengikut sebuah artikel Jepun.

Setelah puas mengkaji dan mencari, saya memilih untuk menterjemahkan sahaja artikel Jepun yang saya temui ini kerana saya mahu memberikan gambaran sebenar kepada pembaca tentang perspektif penulis Jepun  tentang Lelaki Jepun ini.




1) Gadis yang “berhati baik”


Gadis yang mesra dengan sesiapa sahaja dan mengeluarkan aura yang disukai ramai seperti puppy(anak anjing). (Mak aih, sebut anak anjing nanti ada orang salah tafsir pula.


Beginilah, bayangkan seperti anak kucing, yang manja dan “friendly” dengan semua orang, begitulah lebih kurang apa yang mereka cuba sampaikan.

Gadis seperti ini sentiasa disenangi ramai, mempunyai kawan keliling pinggang. 
Tampak bersinar-sinar, menghasilkan aura yang ceria yang membuatkan para lelaki ingin mendekati mereka.


Walaupun hanya pertama kali bersua, gadis tersebut menghadiahkan senyuman dan memberikan cahaya pada sekeliling dengan senyuman yang ceria itu. (Amboih. Macam iklan Colgate la pula. Kikiki.)





2)Gadis yang boleh bertegur sapa dengan baik


Wanita yang boleh bertegur sapa bersesuaian dengan keadaan dan tempat, memberi impak yang sangat baik bagi lelaki Jepun.



(Yang ini saya setuju. Lelaki jepun ni pemalu.(Mungkin juga malas untuk bertegur sapa. Terpulang.), susah bagi mereka untuk menyapa anda terutamanya apabila terserempak di luar kelas(kaki lima, kooperasi sekolah, kantin , dll.).

Sekiranya hari ini mereka mesra, esok mereka akan jadi orang asing. Itulah lelaki Jepun kalau anda nak tahu.

Rata-rata pelajar Malaysia di sini sudah cukup faham. Kalau betul-betul mahu berkawan, kena konsisten menyapa mereka.)






Jadi, ianya bergantung kepada cara anda menegur lelaki Jepun tersebut dan membuatkan mereka tidak terasa adanya dinding di antara mereka dan anda. 


Sekiranya anda berjaya,maknanya anda telah lulus!

Lulus satu langkah untuk mendekati jejaka Jepun idaman anda. Yeay~! ✺◟(∗❛ัᴗ❛ั∗)◞✺




3)Gadis manja


Tidak rugi manja dengan lelaki. (Hah, tudia intro dia.



Gadis yang tidak suka bermanja dan berdikari membuatkan lelaki Jepun rasa mereka tidak diperlukan dan menjatuhkan maruah mereka.



Sebagai contoh, meminta tolong daripada mereka untuk mengangkat barang berat atau baiki barang elektrik.





4)Gadis yang mempunyai pendapat sendiri

Gadis seperti ini dikatakan boleh menyelaraskan pendapat sendiri dan juga pada waktu sama boleh menerima pendapat orang sekeliling. 


Gadis ini perlu mempunyai pemikiran sendiri, tidak hanya bergantung sahaja pada lelaki.



Perlu berhati-hati di sini adalah tidak terlalu persisten atau menekan dengan pendapat sendiri kerana lelaki Jepun tidak suka perempuan sebegitu. 

Biasanya wanita melayu yang mempunyai karakter sebegini kerana kita “staright to the point”. Tetapi jangan risau, jadi diri anda, sekiranya lelaki itu menyukai anda, dia akan menyukai anda kerana “ANDA”.





**********************************************************************************************************************************************


Dan sudah semestinya, setakat fakta sahaja mestilah tak syok la kan. 


Oleh itu, saya sendiri telah mengadakan temuramah dengan Lelaki-lelaki Jepun tentang topik ini. 


Bagi mengelakkan bias, para lelaki Jepun yang saya temuramah adalah termasuklah lelaki yang saya kenal dan juga tidak kenal.




(Tak pernah cakap/bertegur pun, tiba-tiba “approach” tanya tentang perempuan, terkejut diorang! Dah la lelaki Jepun ni sifatnya pemalu. Hahaha.)





Baiklah, saya akan menamakan jejaka-jejaka Jepun yang saya temuramah sebagai A-san, B-san, C-san, D-san, E-san.




Saya: "Apakah jenis wanita yang anda rasa KAWAII(comel) dan memikat hati? Anda bebas memberi pendapat dari segi rupa paras atau perangai."




A-san: “Gadis yang berperangai/ bersifat baik. Contoh, tidak suka mengumpat. Pandai bergaya. Tidak pandai memasak. Bukan orang yang pandai masak, orang yang tak pandai masak. Ini kerana saya mahu ada sebab-sebab(kelemahan) tertentu yang membuatkan saya rasa gadis ini comel.”



B -san: "Memiliki badan yang “slim”/ ramping dan berambut panjang. Gadis yang boleh memberi kelonggaran kepada saya untuk meneruskan hobi saya."




C-san: “Gadis yang memiliki kaki yang kurus. Seorang yang tenang, tidak cepat melatah.”





D-san: “Gadis yang cantik, tidak kurus, tidak gemuk. Pandai jaga penampilan, ada keyakinan diri. Mempunyai pendapat sendiri kerana saya rasa cukup leceh untuk membuat keputusan sendiri. Nak makan di mana, nak pergi “dating” di mana, penat nak fikir. Kadang-kadang perempuan juga perlu reti membuat keputusan jangan hanya mengharapkan lelaki sahaja. Gadis yang pandai masak.”




E -san: “Gadis yang berbadan kecil dan orangnya biasa-biasa/ “simple”. Perempuan sekarang rasa “skinny”(sekeping macam model) itu cantik, tetapi bagi saya, saya suka perempuan yang tidaklah kurus sangat, dan tidak juga gemuk. Pilihan fesyen yang tidak menyerlah dan solekan tidak tebal. Saya lebih suka yang “natural”. Orang yang menyerlah biasanya orang yang mempunyai karakter yang sangat keras, dan lelaki Jepun tidak berapa suka perempuan sebegitu.



Jadi, apa pendapat anda? (灬╹ω╹灬)┣¨キ┣¨キ*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.