Selasa, 27 Oktober 2015

JANGAN MELAKUKAN INI KETIKA DI JEPUN!

JANGAN MELAKUKAN INI KETIKA DI JEPUN! (DO's and DON'T)


Bak kata pepatah melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Merantau di bumi asing terutama sekali di negara yang cukup berorganisasi seperti Jepun ini memerlukan kita untuk lebih peka dengan budaya dan tatatertib mereka. 

Sedikit sahaja kesilapan, anda akan terus dilabelkan sebagai orang asing yang kurang sensitif atau mungkin tiada adab. 


Sosial orang Jepun adalah berpanjikan "空気を読む" , dengan kata lain, "faham-faham sendiri." 

Sebab itulah mereka pandai bawa diri, dan pandai menjaga hati orang sekeliling.(Mungkin juga sebab itulah mereka tidak marah di hadapan kita, tetapi mengumpat "kaw-kaw punya" di belakang  kalau tidak berpuas hati. Jangan risau, bukan semua orang Jepun begitu.

Mereka sangat "considerate" atau bertimbang rasa dan pada waktu yang sama mereka mengharapkan kita juga bertimbang rasa dan boleh "faham-fahamlah sendiri" dengan apa yang kita patut dan tidak patut dilakukan.

Tidak semua orang Jepun sempurna dan baik. Akan tetapi, apabila orang asing seperti kita yang berada di Jepun ini membuat kesalahan, walhal perkara yang tersangatlah remeh, kita akan kelihatan "menyerlah" dan mungkin dianggap tidak beretika pada pandangan mereka. 

Bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku, marilah  ikuti 15 tips yang mungkin boleh menyelamatkan anda daripada situasi memalukan pada masa akan datang. 









(1) 
Jangan memakir kereta di depan rumah orang atau tanah lapang sesuka hati kerana perbuatan ini dilarang sama sekali walaupun tempat tersebut kosong. 
Setiap pakir kereta di hadapan apartment biasanya mempunyai nombor dan dikhaskan untuk penyewa sahaja yang kebanyakannya dibayar secara bualanan.










(2) 
Jangan melintas jalan raya sesuka hati. Lintas menggunakan lintasan pejalan kaki atau "pedestrian crossing". 
Jangan melintas selagi lampu trafik khas untuk pejalan kaki tidak bertukar hijau. Mungkin ianya nampak remeh tetapi sebagai seorang perantau di negara asing, anda akan sentiasa dinilai, dan cuba bayangkan,lintasan pejalan kaki ada di sebelah tetapi dipilih juga untuk melintas sesuka hati. 
Bukan masalah skema atau tidak, tetapi masalah mentaliti, anda nampak "jakun" ke tak di bumi sakura ini.(Jangan marah...hehe..)









(3) 
Jangan merokok di tempat awam. Merokoklah di tempat yang dikhaskan untuk merokok. 









(4) 
Orang Jepun sangat pantang dengan orang yang merokok sambil berjalan
Ianya dianggap "low class"  dan tidak beradab kerana menyusahkan orang ramai yang terpaksa menyedut asap anda sepanjang perjalanan. 
Anda mungkin akan didenda tidak lebih 50,000yen (RM1,800) sekiranya disabit kesalahan merokok di tempat awam.






(5) 

Berdiri di tempat yang betul ketika menggunakan tangga bergerak. 
Sebelah kiri(berbeza mengikut tempat) adalah untuk orang yang tidak bercadang untuk memanjat tangga dan ruang satu lagi pula dikhaskan untuk orang yang mengejar masa atau keretapi. 
Waktu orang pulang atau pergi kerja adalah waktu yang paling sibuk dan anda mungkin akan ditolak atau ditengking di hadapan orang ramai sekiranya berdiri menghalang laluan orang yang tengah "rushing". (Jangan main-main. )








(6) 
Sekiranya anda merantau menggunakan bag galas yang besar dan  terpaksa berdiri di dalam keretapi, pastikan bag besar anda itu diletakkan di bawah antara celah kaki anda bagi tidak menyusahkan penumpang lain.










(7) 
Jangan sekali-kali bercakap menggunakan telefon bimbit di dalam keretapi walaupun dengan suara yang perlahan. Anda secara automatik dicop sebagai orang asing yang tiada adab sekiranya melakukan hal yang sedemikian.









(8) 
Sekiranya anda ingin mendengar lagu di dalam keretapi atau di tempat menunggu seperti di pejabat, imigresen dll, pastikan "earfon" anda tidak "bocor" sehinggakan orang sebelah boleh mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh "earfon bocor" anda. Perbuatan ini sudah dianggap "menyusahkan" orang ramai apatah lagi menonton video melalui iphone tanpa menggunakan "earfon". (Oh tidak...........)










(9) 
Pendek kata jangan membuat bising di dalam keretapi. 
Bagi ibu-ibu mithali yang membawa anak kecil, pastikan anak anda tidak menempik/terjerit-jerit dengan suara yang kuat sekiranya tidak mahu menjadi perhatian atau direnung tajam penuh makna oleh penumpang-penumpang lain. 
Sekurang-kurang anda mempunyai inisiatif untuk menegur dan tidak hanya membiarkan sahaja. 








(10) 
Jangan membuang sampah merata-rata tempat. Boleh dikatakan agak payah untuk jumpa tong sampah di tempat awam di Jepun ini. Pastikan anda tidak sengaja buat-buat lupa dan tinggalkan sampah anda sesuka hati.









(11) 
Sampah yang dibuang dibahagikan terlebih dulu mengikut jenis bahan buangan seperti "burnable"(boleh dibakar), "unburnabale"(tidak boleh dibakar), "plastic", "PET bottle"(botol air plastik), tin dll.









(12) 
Jangan memotong barisan.Berpada-pada ketika ingin "mencopkan tempat" untuk rakan-rakan anda.
Sebagai contoh, barisan bukan main panjang, tunggu bukan main lama, tiba-tiba datang dalam 5,6 orang berdiri dihadapan anda.
Apakah perasaan anda waktu itu? Tambahan pula kumpulan tersebut adalah orang asing di negara anda, mana tidak "panas"kan? 
Begitulah juga halnya bagi orang Jepun. Bagi mereka perbuatan anda melambangkan Malaysia. Mereka akan menganggap orang Malaysia adalah golongan yang sebegitu.










(13) 
Ketika makan menggunakan penyepit, pastikan anda tidak mencucuk penyepit tersebut ke dalam nasi seperti gambar di bawah kerana ia melambangkan nasi kepada si mati.








(14) 
Ketika makan menggunakan penyepit, jangan menunjuk-nunjukkan atau menghayunkan peneyapit tersebut di hadapan muka orang lain. 
Perbuatan ini dianggap kurang ajar terutama sekali dengan orang Jepun yang baru anda kenal.
Anda sudah memberi gambaran yang kurang baik kepada mereka tanpa anda sedari.







(15) 
Tanggalkan selipar dan susun elok-elok  sebelum melangkah masuk ke rumah. 
Untuk menunjukkan anda adalah orang yang beretika dan pandai menyesuaikan diri, seboleh-bolehnya lepas tanggalkan kasut, naik atas lantai rumah, duduk dan terbalikkan selipar atau kasut dengan penuh ayu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. (ceewah...cair nanti abang Jepun tengok ;)  )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.