4 Teknik
Kuruskan Badan Gadis Jepun Yang Popular!
Teknik-teknik mengurangkan berat badan terkini oleh gadis Jepun yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang, ternyata terbukti berkesan! Topik ini semakin menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan gadis Jepun,pada waktu yang sama mencetus perdebatan antara pakar-pakar kesihatan di sana.
1) Sauna dalam Bilik
CARA-CARA:
Tutup
pintu dan tingkap bilik, pakai baju setebal mungkin dan selimutkan diri dengan
gebar atau selimut tebal. Pastikan kipas atau penghawa dingin ditutup!
Disyorkan dilakukan pada musim panas. Dengan keadaan “berbungkus” itu, anda
disarankan melakukan aktiviti harian seperti biasa sebagai contoh basuh
pinggan, sapu lantai dll.
(NOTA: Jangan
lupa minum air! Point penting disini adalah proses ulang-ulang; iaitu memaksa pengeluaran
peluh, kemudian ganti peluh dengan air yang diminum. )
KEBERKESANAN:
Teknik ini ternyata berkesan mengurangkan berat badan! Ianya boleh menguruskan badan pada waktu yang singkat dan yang paling penting, tidak perlu menahan
lapar!
KEBURUKAN:
Bad News:Teknik ini tidak bertahan lama. :(
Berat badan yang berkurang sebenarnya bukannya kerana terbakarnya lemak,sebaliknya berkurangnya kandungan air di dalam badan oleh peluh yang dipaksa keluar atau dirembeskan dari badan.
Berat badan yang berkurang sebenarnya bukannya kerana terbakarnya lemak,sebaliknya berkurangnya kandungan air di dalam badan oleh peluh yang dipaksa keluar atau dirembeskan dari badan.
2) Berendam dalam Air Garam
Ofuro atau mandian "bath tub" memang tidak asing lagi bagi rakyat Jepun. Selain dapat menghilangkan lenguh dan penat selepas seharian bekerja, berendam di dalam "bath tub" selama 20 minit juga dipercayai mampu membakar kalori sebanyak 300~400Kcal!
CARA-CARA:
Masukkan garam (Nota: bukan garam sembarangan untuk memasak ye!) sebanyak 30~50gram(satu atau dua sudu) Sodium atau "unrefined salt".
Pastikan suhu air dalam 40~42 degree Celcius. Bagi yang tidak biasa berendam dalam suhu yang panas, mulakan dengan memasukkan kaki ke dalam air terlebih dahulu kemudian barulah merendamkan badan perlahan-lahan.
Bagi menggalakkan kelancaran peredaran darah, disarankan agar anda mengurut seluruh badan, terutama sekali disekitar kawasan selulit atau "lemak bertakung".
Pastikan suhu air dalam 40~42 degree Celcius. Bagi yang tidak biasa berendam dalam suhu yang panas, mulakan dengan memasukkan kaki ke dalam air terlebih dahulu kemudian barulah merendamkan badan perlahan-lahan.
Bagi menggalakkan kelancaran peredaran darah, disarankan agar anda mengurut seluruh badan, terutama sekali disekitar kawasan selulit atau "lemak bertakung".
KEBERKESANAN:
Air garam mampu;
- Menggalakkan penghasilan peluh, memberi impak terhadap penurunan berat badan
- Megimbangi kandungan air dalam sel kulit membuatkan kulit sentiasa lembap dan lembut
- Awet muda (Ramai artis Jepun mengamalkan keadah ini atas sebab ini!)
- Detox atau mengeluarkan toksin dalam badan melalui liang-liang kulit yang terbuka oleh air garam
3) Berjalan di dalam Air
Kelas berbentuk senaman aerobik atau berjalan di dalam kolam/ dalam air telah mendapat tempat dikalangan wanita Jepun terutama para ibu atau suri rumah yang berumur 30tahun dan ke atas. Selain berkesan, ianya cukup mudah dan seronok terutamanya apabila dilakukan secara berkumpulan.
KEBERKESANAN:
- Walaupun berjalan pada jarak yang sama, berjalan di dalam air mampu membakar kalori 2kali ganda berbanding berjalan di atas darat!
- Tekanan di dalam air memberi kesan seperti massage ataupun urut ke bahagian kaki, membantu memperoleh bentuk kaki yang cantik dan slim! disamping merampingkan badan.
4) Teknik "Handstand"
CARA-CARA:
Idealnya, ia dilakukan sebanyak 2kali setiap hari,iaitu pada waktu pagi dan malam, selama satu minit.
Bagi yang tidak mampu, boleh dahulu cuba lakukannya selama 30saat.
Jika teknik "handstand" ini agak susah , anda boleh juga mencuba kaedah ini.
KEBERKESANAN:
- Meningkatkan kadar metabolik di dalam badan dan membakar lemak
- Dikatakan boleh menurunkan berat sebanyak 3kg dalam satu bulan
- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan masalah senggugut bagi wanita
Masih banyak lagi info yang menarik tentang diet wanita Jepun yang ingin saya kongsikan kepada pembaca.
Sekiranya pos ini memberikan maklumat yang cukup menarik dan bermanfaat ,
dan anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,
teruskanlah memberi sokongan kepada blog ArigatouJapanWithMe ini. :)
dan anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,
teruskanlah memberi sokongan kepada blog ArigatouJapanWithMe ini. :)
More will come InsyaALLAH.
Sekian,terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.