Ahad, 29 November 2015

Jom ikut kami Dating Di JEPUN PART 1 (Let's Lepak )

JOM Jalan-jalan sekitar Yokohama PART 1


Hujung minggu kami tidaklah semewah dan se"excited" orang lain,  sekadar mengikut kemampuan kocek dan juga rohani(roller coaster ke, bungee jumping ke, cabaran-cabaran yang sewaktu dengannya, yang boleh menyebabkan adrenaline rush, maaf, kami tak sanggup...gerun ooooo!)



Kami biasa-biasa sahaja di sini. Walaupun hanya sekadar "window shopping", pergi tasik, dll, ianya sudah cukup istimewa dan mampu memenuhi kotak kenangan yang bakal kami imbau kembali di masa tua kelak. 


Ceewah. Ayat tak poyo tak boleh ke? Lol.

Sabtu, 28 November 2015

TIPS mengelakkan kulit menggelupas dan kering di musim SEJUK

TIPS mengelakkan kulit menggelupas dan kering di musim sejuk



Kepada Pretty Ladies yang tinggal di ❀❀Jepun or Korea, cuaca semakin hari semakin sejuk, jadi potensi untuk kulit muka mengering dan menggelupas sangatlah tinggi. 



Tanpa "Toner", digabungkan dengan "Moisture Face Milk", atau cream yang agak-agak "milky", rasanya muka akan tampak kering dan menggelupas. 

(#NOTE: Toner sahaja akan membuatkan kulit muka semakin mengering kerana Toner kebanyakan mengandungi air. Air akan mengewap(?)(蒸気する)/ (evaporate over time), jadi ia akan tarik sekali kandungan air semulajadi dalam kulit,mengakibatkan kulit semakin kering.(逆効果です。)

Jumaat, 13 November 2015

[Episode 1] My Husband is Japanese Comic (漫画): Spicy Food

[Ep.1]My Husband is Japanese Comic (漫画): Spicy Food



Orang selalu tanya sama ada suami saya(orang Jepun) boleh makan pedas ke tidak. 
People always asking me whether my husband(a Japanese) can eat spicy food or not.
マレー人の友達からよく「旦那さんは辛いものを食べられますか」と質問をされます。



Ini sebenarnya yang terjadi.
Well, this is what actually happened.
これは実際にあった出来事です。


Rabu, 4 November 2015

Item JEPUN Yang Pelik Membuatkan Anda Berfikir "Biar betul.....!"

Produk di Pasaran JEPUN Yang Pelik Membuatkan Anda Terdetik, "Biar betul.....!"


Nama lagi Jepun, mana ada istilah "mustahil" dalam kamus hidup mereka.

Mereka ini boleh dikatakan hidup dengan mencabar had kreativiti manusia sejagat.


Perkataan "mustahil" itulah sebenarnya yang menjadi "spark plug"  pencetuskan semarak api semangat mereka untuk menjadi masyarakat yang lebih kreatif dan inovatif.



Berbalik kepada topik hari ini, jom kita layan sedikit halwa mata  dengan kepelikan dan keunikan hasil produk yang dijual di pasaran Jepun. 
(Nota: Produk ini mungkin tergolong daripada produk import dari China dan Eropah.)

Sabtu, 31 Oktober 2015

Fesyen Muslimah Musim Luruh




Sebut sahaja musim luruh, apa-apapun nak dikaitkan dengan warna coklat, tidak kira dari segi baju, kasut, beg tangan ataupun aksesori. Pendek kata memang tidak sah dunia fesyen musim luruh tanpa warna coklat. 



Untuk musim luruh kali ini, Top lengan tiga suku dengan design yang cukup simple dan selesa menjadi pilihan saya.(Ayat poyo je lebih, padahal sebab SALES separuh harga. hehe. Ssshh...!)




Hujung lengan yang tersendiri ala-ala hippie tetapi tidak berlebihan membuatkan baju ini nampak comel dan effortless.



Jumaat, 30 Oktober 2015

Nenek Jepun Berusia Lebih 90 tahun Menceritakan Rahsia PANJANG UMURNYA!

Nenek Jepun Berusia Lebih 90 tahun Menceritakan Rahsia PANJANG UMURNYA!



(GAMBAR SEKADAR HIASAN)

Seorang nenek tua yang kelihatan sebaya dengan arwah nenekku berjalan memasuki supermarket. Jalannya perlahan, namun aturan langkahnya teratur. 
Cukup untuk memberitahu dunia bahawa dia masih bertenaga, walaupun usia sudah menjangkau 70-an. Atau lebih.


Selasa, 27 Oktober 2015

JANGAN MELAKUKAN INI KETIKA DI JEPUN!

JANGAN MELAKUKAN INI KETIKA DI JEPUN! (DO's and DON'T)


Bak kata pepatah melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Merantau di bumi asing terutama sekali di negara yang cukup berorganisasi seperti Jepun ini memerlukan kita untuk lebih peka dengan budaya dan tatatertib mereka. 

Sedikit sahaja kesilapan, anda akan terus dilabelkan sebagai orang asing yang kurang sensitif atau mungkin tiada adab.