Sabtu, 28 November 2015

TIPS mengelakkan kulit menggelupas dan kering di musim SEJUK

TIPS mengelakkan kulit menggelupas dan kering di musim sejuk



Kepada Pretty Ladies yang tinggal di ❀❀Jepun or Korea, cuaca semakin hari semakin sejuk, jadi potensi untuk kulit muka mengering dan menggelupas sangatlah tinggi. 



Tanpa "Toner", digabungkan dengan "Moisture Face Milk", atau cream yang agak-agak "milky", rasanya muka akan tampak kering dan menggelupas. 

(#NOTE: Toner sahaja akan membuatkan kulit muka semakin mengering kerana Toner kebanyakan mengandungi air. Air akan mengewap(?)(蒸気する)/ (evaporate over time), jadi ia akan tarik sekali kandungan air semulajadi dalam kulit,mengakibatkan kulit semakin kering.(逆効果です。)


Tetapi jangan risau, masalah kulit kering sebenarnya boleh ditangani, sama ada melalui kosmetik ataupun dari segi dalaman.


TIPS mengelakkan kulit menggelupas dan kering di musim sejuk:





kosmetik(luaran):------------------------------------


(1)
Sapukan toner(untuk kelembapan) dan DIIKUTI dengan moisture cream(mengandungi Oil(kandungan bergantung pada jenis cream): bagi mengelakkan kandungan air daripada mengewap/ elakkan kekeringan)



(2)
Pakai Mask untuk menyalurkan kelembapan terus ke liang kulit(Jangan membiarkan mask terlalu lama sehingga mask mengering(menjadi keras) bagi mengelakkan kulit kering)


Mask yang menjadi kegemaran saya kebelakangan ini adalah dari Pure Smile(mengandungi Vitamin E, Collegen, Hyaluronic Acid yang boleh membantu mengkalkan kelembapan, kulit kekal lembut dan yang paling penting, awet muda.)



Selain soya,
ade juga "gold""pearl",dll. Cubalah.





Dan yang saya suka suka suka sangat tentang brand ini adalah Kabuki Mask: mempunyai bentuk mask yang unik seperti kabuki(make up untuk persembahan Jepun) , cukup menarik. Sudah tentu khasiatnya sama seperti mask di atas.






Anda akan kelihatan seperti ini apabila memakai mask ini. Hahaha. ლ(╹ε╹ლ)Pelik tapi saya suka.hihihi.



Oh, dan mask ini juga mendapat sambutan hangat dalam kalangan gadis Jepun sehingga mendapat pengiktirafan mask jualan terbaik.
Refer http://tokyo.cawaii.media/scawaii/2165/




Bagi sesiapa di Malaysia yang berminat untuk mencubanya, saya ada menjualnya. PM sahaja di facebook page ArigatouJapanWithMe for more info. :)



(3)
Kalaulah pakai mask tiap-tiap hari, jenuh saya nak korek duit. Jadi, sebagai alternatif lain,saya mengunakan cream face untuk night time or morning yang di sapu sebelum tidur atau selepas bangun pagi selepas cuci muka. 


Cream ini mestilah mempunyai ramuan dan manfaat yang lebih kurang sama dengan mask, iaitu melembap dan melembutkan. 


Of course saya pilih yang anti aging kerana bahagian mata saya cukup gelap(penuaan mungkin, berdasarkan warnanya yang gelap dan kering).

Jujurnya, saya mempunyai masalah kulit kering di bahagian mulut apabila musim sejuk. 


(gambar hiasan)

Tanpa toner dan moisture milk cream, sememangnya  akan tampak putih menggelupas di area pipi dan bibir.


Tetapi selepas menggunakan(sambil 'massaging') cream ini sebelum tidur dia bahagian mata dan kawasan bermasalah(kawasan yang ada potensi untuk kering), even anda keluar rumah tanpa sebarang base make up, insyaALLAH kulit masih lagi licin dan lembap.






Jenama 豆腐インフラボン ini adalah jenama no.1 di Jepun bagi kategori penjagaan muka drugstore. 
Saya memakai pencuci muka, toner dan "wrinkle cream" jenama ini kerana saya rasa jenama ini sesuai untuk kulit muka saya.

Sudah pasti ia tidak mengandungi  bau, warna, dan mineral oil yang boleh memberi kesan negatif kepada kulit. 

Mengandungi khasiat tofu dan Vitamin A untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kulit juga akan menjadi lembut seperti "mochi"(kuih tradisional Jepun).



(4)
Elakkan skrub muka terlalu kerap



(5)
Elakkan mengguna pencuci muka yang mempunyai function menanggalkan alat makeup.


Pendek kata, pencuci muka 2 in 1 yang boleh mencuci muka pada waktu yang sama mampu menanggalkan make up.
Biasanya pencuci muka sebegini mempunyai ejen pencuci atau bleach yang agak kuat yang boleh melunturkan permukaan kulit nipis yang sepatutnya menjadi protector(menjadi shield menghalang kelembapan keluar daripada kulit) 


Dari segi Dalaman:----------------------------------


1)Perbanyakkan minum air.
Dah tak perlu bebel banyak dah. Semua dah tahu. Minum air kosong, bukan air gas or drink bar kat Saizeria ye kawan-kawan.



2)Makan banyak buah-buahan yang mengandungi Vitamin C dan Vitamin A
Limau, blueberry, strawberry, tomato.... lobak merah.... blend semua jadi jus. Telan! Nak cantik, telan semua.hehe.



3)Makan Wakame(Sea Weed)


Rumpai laut ataupun wakame bukan sahaja mempunyai khasiat membakar lemak kerana terkandungnya Fucoxanthin, malah ia juga boleh melancarkan peredaran darah dan mengekalkan awet muda(panjang ceritanya). 

Senang kata ia memberi seri kepada kulit dan megurangkan parut

Nak lagi best, blend wakame buat mask. Try la. (◕ฺ ◡ฺ ◕ฺ)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.