Rabu, 4 November 2015

Item JEPUN Yang Pelik Membuatkan Anda Berfikir "Biar betul.....!"

Produk di Pasaran JEPUN Yang Pelik Membuatkan Anda Terdetik, "Biar betul.....!"


Nama lagi Jepun, mana ada istilah "mustahil" dalam kamus hidup mereka.

Mereka ini boleh dikatakan hidup dengan mencabar had kreativiti manusia sejagat.


Perkataan "mustahil" itulah sebenarnya yang menjadi "spark plug"  pencetuskan semarak api semangat mereka untuk menjadi masyarakat yang lebih kreatif dan inovatif.



Berbalik kepada topik hari ini, jom kita layan sedikit halwa mata  dengan kepelikan dan keunikan hasil produk yang dijual di pasaran Jepun. 
(Nota: Produk ini mungkin tergolong daripada produk import dari China dan Eropah.)



1)Teringat waktu di sekolah rendah kelas Bahasa Cina dulu, cikgu selalu akan bagi "hadiah", suruh kami tulis perkataan demi perkataan berulang-ulang kali sampai nak tercabut tangan.


Kalaulah dulu benda ini ada dijual di kooperasi sekolah..... "confirm" laku! kikikiki...




2)Euwwww.... euwwww...eeeeuuuuuuuwwwwwwwww!
Bekas gula.
Kalau mak mertua datang rumah, jangan cuba-cuba nak buat kelakar bawa keluar set "tea-time" ni, kang tak pasai-pasai kena cop menantu "tarik tin"(menantu tak siuman).


Haa...ha....hachuuuumm~!!
Oooo, lada sulah rupanya. nyumm,, nyummm,, nyummm... dengan bulu-bulu sekali tuuuuuuuueeee, yummy~~~~~! Nikmat berganda-ganda. Nak tambah lagi? hehehe...





3) Kepada para isteri yang suaminya suka merokok di rumah, nak bagi hadiah anniversary ni pun tak apa. (Gurau-gurau,jangan marah~hehe)

Nak tengok pun tak lalu. 

Siap boleh pilih ikut jenis lagi, yang atas sekali tu "hasil" makan daging, bawah sebelah kiri untuk yang makan sayur, yang sebelah kanan pula untuk yang makan ikan.

Saya boleh bayangkan anda sambil baca sambil tengok balik gambar di atas. HAHAHAHA! Sorry,sorry.... terutama kepada yang tengah makan. 
Yang ini boleh tahan juga, boleh elak kebakaran. Encik bomba mesti suka! 2 in 1 mat saleh cakap.





5)Pengasing telur putih dan kuning, boleh dihadiahkan kepada suri rumah yang gemar "baking". hihihi. Jangan cakap saya yang suruh....>_<

"Cute" nyerrrrrr...........................




6) Cakap pasal lubang hidung ni, 





Ternyata Orang Jepun menyukainya! 




6) Mug dan Dipping bowl yang unik sekali.... 
 Nak cuba-cuba diet, try la beli yang macam ni. Tengok masih ada selera lagi ke tak.......
                                          
"Sluuuurrppp"...........





7) Ini InsyaALLAH berguna. Alarm clock yang berlari. Anda kena mengejarnya untuk OFF kan alaram.
Tiada lagi masalah bangun lewat, kan?


Badan pula akan lebih segar kerana tak semena-mena terpaksa "eksesais" juga pagi-pagi buta kejar alarm clock ni. 





8)Orang Jepun ni suka roti. Tahu. Tetapi tak tahu pula mereka ni obses sangat pasal roti sampai semua benda nak nampak macam roti.
Selipar roti,




Jam roti,




Nak tidur pun kena selimut dengan roti. Roti, roti, roti..... Ooo patut la tak gemuk, makan roti tak makan nasi... eh, yeke? hehehe. Yang tu kena la tunggu pos seterusnya. Wink-wink.






9)SAMURAI!!
Payung samurai.


 Pendrive/USB samurai.






10) Alah, panjang la pula nak captionkan satu-satu. Tengok sendirilah :P . 
ENJOYYYYY~~~!



Hiasan untuk kipas. Berterbangan apabila ditiup angin. Aaah~~ comel kan? Tercaption juga, adeih.





Bantal Peluk Encik Suami namanya.





Papan Pemotong yang boleh menimbang. 








Mug dan bowl untuk layan tetamu. Yang ni mak mertua bagi green light.





Keyboard bunga-bunga. Apa kaitan dengan pos kali ini pulak? 
Tak ada kaitan pun, saja nak cakap saya suka keyboard macam ni, birthday next year bulan 10. Terima kasih~







Tiada lagi masalah Cik Meow datang mengacau masa nak kena siapkan Report last minute. 





Creepy.... Iphone case tangan.
Romantik gitteww~~~  ^^ Nak?





Nak lagi? Boleh... KIta tunggu apa yang akan datang di pos blog seterusnya. 
Untuk tidak ketinggalan, jangan lupa jenguk-jenguk facebook page Arigatou Japan With Me untuk update pos terbaru.
Jangan lupa bagi sokongan dengan Like dan Share di Facebook ya.. terima kasih.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.