Ahad, 29 November 2015

Jom ikut kami Dating Di JEPUN PART 1 (Let's Lepak )

JOM Jalan-jalan sekitar Yokohama PART 1


Hujung minggu kami tidaklah semewah dan se"excited" orang lain,  sekadar mengikut kemampuan kocek dan juga rohani(roller coaster ke, bungee jumping ke, cabaran-cabaran yang sewaktu dengannya, yang boleh menyebabkan adrenaline rush, maaf, kami tak sanggup...gerun ooooo!)



Kami biasa-biasa sahaja di sini. Walaupun hanya sekadar "window shopping", pergi tasik, dll, ianya sudah cukup istimewa dan mampu memenuhi kotak kenangan yang bakal kami imbau kembali di masa tua kelak. 


Ceewah. Ayat tak poyo tak boleh ke? Lol.


Semalam kami keluar tanpa merancang apa-apa. Itulah gaya kami, "free-style".


Cumanya cik suami ada hal di au(syarikat telefon bimbit) branch di Kannai Station, jadi target kami bermula dari situ.


Tetapi sebelum itu, kami sempat menikmati makanan tengahari di 天丼てんや (Tendon TenYa) di Isezaki Mall, berdekatan dengan Kannai Blueline Subway Station.
(link: http://www.homemate-research-fast-food.com/dtl/1060020685/)


Kami memilih untuk makan di situ kerana ianya murah.
Dah la murah, sedap pula tu. Bersih pun bersih. Senang cerita puas hati la.



Ni set makanan yang saya pesan, iaitu set Tendon(ada udang tepung, ikan tepung,dan sayur tepung), harga 500yen saja.

Di kedai ini, nasi putih + udang@sayur@ikan celup tepung dalam lingkungan 500~600yen. Dengan tambahan 200 yen, anda boleh mendapat mee soba@udon kecil. Yum yum yum. Berpatutan.


Silalah Pergi. hihihi. ----Terima kasih Kak Emy kenalkan saya kedai ini~  ◟(∗❛ัᴗ❛ั∗)◞




Kemudian kami bergerak ke destinasi kami iaitu au shop di CERTE, Kannai.




Kami solat sebentar di sini kerana urusan di au shop mungkin memakan masa.
(au shop di Certe)



Setelah mengambil nombor giliran di au shop(aras satu), kami ke tingkat atas(tingkat 4) untuk berwuduk dan solat asar di tangga.




Usai bersolat, suami saya turun ke bawah menyelesaikan urusannya manakala saya turun tingkat 3 ke kedai buku untuk cuci mata(tengok buku laa....).








Tak sure kat Malaysia ada ke tak, tapi kalau di Jepun, mereka suka jual buku/majalah sekali dengan hadiah di dalamnya. Biasanya ia diikat macam ini.

Sebagai contoh, saya close-upkan sikit, 

Ini dia. 
Macam-macam jenis ada; cermin solek mainan la, aksesori la, dll.
Salah satu cara menarik minat kanak-kanak perempuan Jepun.

Kalaulah saya kecil-kecil dulu sudah tinggal Jepun, siap la.. Alamatnya tak nak keluar kedai, meragam nak beli majalah macam ni. Hahaha. Masalah-masalah...




Kelendar puppy comel macam ayam kentucky dan si cenonet comel dalam bakul. Comel kan?(人◕ω◕)




Saya suka ke corner random macam ni, rak yang mempamerkan buku motivasi dan psikologi terkini.




Tajuk buku yang menarik pada haritu yang sempat saya grab adalah;
"Tabiat Orang yang Bertuah/ Tabiat Orang Yang selalu Bernasib Baik."



dan



"Kenapa Kita Tidak boleh 'Ngam' dengan Orang yang Paling Kita Sayang?" 


Tajuk dah best dah, buku dah ada dah. Sayang sekali buku lama masih belum berkhatam, jadi terpaksalah padamkan dahulu niat untuk membeli buku baru. 
Bimbang nanti beli hanya sekadar untuk menjadi hiasan di rak bawah TV.




Ini adalah korner koleksi gambar di kedai buku....





Suasana di kaunter pembayaran.
Setelah semuanya selesai, kami merancang untuk bergerak ke Kamiooka Station.



Semasa kami keluar dari CERTE, saya perasan sesuatu. 
Sebuah masin yang cukup lazim dan biasa di Jepun tetapi tiada di Malaysia.

Iaitu mesin foto bersaiz pasport segera/ instant. 



Dengan memasukkan syiling ke dalam mesin, anda boleh mengambil gambar bersaiz passport untuk kegunaan visa, resume dll dalam masa yang singkat. Senangkan? 



Anda tidak perlu lagi ke kedai gambar semata-mata untuk mengambil gambar passport. 



Anda juga boleh mengambil dan memadam sebanyak mana gambar, tidak perlu lagi malu-malu untuk senyum di hadapan camera man di kedai gambar. Alaa.. macam selfie~... 







Kami menaiki Subway untuk ke Kamiooka Station......... Bersambung di Part 2... ^^ 
つづく


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.